anda yang ke


Tuesday 22 March 2011

AMALAN YANG PALING UTAMA.. ^_^

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah ditanya: 

"Apakah amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: "Beriman kepada Allah s.w.t Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Jihad pada jalan Allah s.w.t. iaitu berjuang pada jalan Allah s.w.t. dan Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Haji Mabrur iaitu ibadat Haji yang diterima"

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Masud r.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah s.a.w:

"Apakah amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: Sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda s.a.w. bersabda: Berbakti kepada kedua orang tua. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda s.a.w. bersabda: Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada Baginda s.a.w., semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda s.a.w."

Adakah jihad ke arah pembangunan dan ekonomi seperti yang disyorkan oleh media massa itu dapat mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t? Apa matlamat jihad pembangunan dan ekonomi itu, disandarkan kepada apa ? Keranamu Malaysia ? Dimata dunia ? Dapatkah harta benda kita di bawa ke liang lahad dan menjadi penolong kita di akhirat ?

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah: Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya *

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah (dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa - semasa mengerjakan kebajikan umum), sesungguhnya keampunan dari Allah S.W.T. dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis kesenangan hidup). - Surah Al-Imran 157.



ambik dari post org lain.. :D

Peliharalah pandangan mata!!!

manusia,,oh manusia(aku lah tu)...peliharalah kedua mata kamu daripada memandang perkara2 yg haram..
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Pandangan mata adalah anak panah yang berbisa dari anak panah iblis. Barangsiapa yang mahu meninggalkannya kerana takut kepada Allah, Allah akan memberinya keimanan yang dapat ditemukannya kemanisan iman itu dalam hatinya. "

Insyaallah..kita sama2 cuba memelihara mata(iaitu amanah ALLAH kpd kita) dgn sebaik2 mungkin. Semoga kita dapat merasai kemanisan iman yg sebenar,seperti mana yg telah dirasai oleh para sahabat. wallahua'lam... ^__^

Monday 21 March 2011

(: الحمد لله

alhamdulillah.. ni lah blog pertama ku(ku org baru,tolong beri tunjuk ajar ye pd mereka2),,n post pertama kat blog ni,akhir nya dtg jugak kerajinan ke dlm diriku untuk wat blog ni.. :P
hmm...nk ta'aruf diri ke? x yah kot..
thnx kpd kwn ku SYRH yg bnyk mmbntu dlm 'proses' mmblogkn diri ni.. :P
lastly,smoga dgn ada nya blog ni,, diriku mnjd hamba-Nya yg lebih brtakwa,,n sedikit sbnyk dpt brkongsi pengetahuan..
baik...
SEGALA SESUATU BERLAKU hanyalah DenGaN IZIN ALLAH... wallahua'lam... ^__^